Friday 6 September 2013

SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?

OK...sebelum kita baca info2 yang lain, why not saya share dulu tentang kepentingan pengambilan supplemen? Kenapa badan kita perlukan supplemen??:)
  1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya pengambilan vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  2. Buah-buahan & sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah & sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah & sayur tersebut.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol & antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula & garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan didalam tubuh.
  5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah & lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.
  7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar & hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.
 




No comments:

Post a Comment