Thursday 26 September 2013

SHAKLEE OMEGA GUARD





Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut ai sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3x ganda lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
 
Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang mengunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan.. akan tetapi kaedah ini bukan sahaja akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutical teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang PALING tulen dan PALING semulajadi sementara menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin & PCB (polychlorinated biphenyl-meruakan bahan kimia industri yang sangat toksik)
 
MANFAAT UTAMA:
 
* Asid lemak- omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly & membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin & kemerah-merahan.
 
* Mencegah penyakit saluran darah dan strok- DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah & kepekatan darah, melincirkan saluran darah & peredaran darah yang lancar. Ia sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal & ketegangan di leher atau sakit kepala. Juga boleh merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah artetiosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
* Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori- DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf & retina. Ia penting terutamanya untuk 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan & pendengaran dan mencegah migrain.
 
* Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru- mengawal sstem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE & penyakit buah pinggang.
 
*Menentang kanser- kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-aru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan & membantu pankreas kanser kulit untuk berfungsi dengan lebih efektif.

No comments:

Post a Comment