Thursday 7 November 2013

HEALING CRISIS

Bismillahirrahmanirrahim......

Assalamualaikum semua! apa khabar anda hari ni? dah breakfast? suppelement Shaklee dah telan? Ok, kali ni saya kongsi sedikit info mengenai 'healing crisis' ataupun krisis pemulihan. Ramai diantara kita yang mengambil supplemen akan mengalami perkara seperti ini tapi tak ramai yang tahu itu sebenarnya adalah krisis pemulihan. Jom kita baca apa itu krisis pemulihan...
 
Sesetengah orang akan melalui satu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya BUKAN. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan seharian kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.
 
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
 
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama.... sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
 
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan kita akan berasa pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (Perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. simptom-simptom ini adalah berbeza bagi setiap individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
 
Sewaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, anda dinasihatkan minum air bersih yang banyak ( 3 liter), rehat secukupnya dan memakan lebih sayur-sayuran & buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

No comments:

Post a Comment